BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

welcome to my blog

Ahad, 18 Januari 2015

2015

Salam semua ....semoga anda semua dilimpahi rahmat oleh NYA.Kepada yang sudi singgah sekejap dekat blog ni ...jutaan terima kasih . Pejam-celik2 dah hampir penghujung bulan januari 2015. Sekejap saja rasanya masa berlalu meninggalkan kita. Suka-duka...pahit- getir.....kita tempuhi sepanjang perjalanan sebagai hamba diatas muka bumi ini. Redhalah dengan setiap ujian yang diberi. Syukurilah dengan setiap nikmat yang kita miliki. Selamat tahun baru ......2015.

Ahad, 23 November 2014

Satu tahun 1 bulan












1tahun 1 bulan dah nak dara mak ni. Semoga membesar jadi anak yang solehah.......


Ahad, 16 November 2014

tiga teruna pinggitan





Muhammad Asyraf Azhar (abang ngah)Muhammad Akhtar Azizi (abang lang)Muhammad Amsyar Amzar (abang ndak)

Sabtu, 15 November 2014

Bila diri disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu


Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir



(Korus)
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu



Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri



Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih merubah takdir



(Korus)
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu



Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri



Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih merubah takdir



Keikhlasan doa, keagungan kasih merubah takdir



Kala Allah menguji kita bersabarlah dengan setiap ujian yang diberi.Pasti ada hikmah disebalik setiap ujian yang menimpa.
Kala Allah menguji kita redhalah menerima.,kerana melalui ujian itu Allah menilai hambanya.Mana yang beriman , mana yang tidak.
Kala Allah menguji kita tawakallah melaluinya.Pasti ada nikmat dipenghujungnya.
Kala Allah menguji kita ,janganlah bersedih duka kerana dia setiasa disisi kita.
Berdoalah ..........
Besujudlah.........



Isnin, 18 Ogos 2014

Disini lahirnya sebuah cinta



Kemeriahan menyambut hari kemerdekaan yang ke57 makin dirasai.Walaupun negara masih diselibungi dengan kesedihan dari tragidi MH370 dan MH17.
Kita masih tertanya-tanya apakah nasih penumpang dan anak kapal MH370.Namun sebagai umat islam kejadian yang berlaku ini ada hikmahnya.

WARISAN
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Sabtu, 9 Ogos 2014

Sepupu



Cucu-cucu perempuan  tok yah dan wan jab....Aina asyik nak nagis bila dekat ngan sepupunya ALISYA
QAI SARA....




Gambar ni masa hari raya ke4.... Lisya jangan la tolak Kak chik Aina nanti jatuh dari sofa ni.Kilah tengok laa .......Lisya ni suka sangat kacau Aina...
Inilah ragam mereka bila berjumpa...........


Gelagat putera & puteriku dipagi syawal








Suka sangat laaa Aina kalau ambil gambar.....( Cantik tak Aina pakai baju kurung ni).





Hai semua ...Assalamulaikum... SELAMAT HARI RAYA ... Aina ucapkan..........raya-raya...mana duit raya Aina.....




Jom laaa mak pi raya umah tok ngan nenek pula....Aina dah tak sabar nak pi beraya ni



Yeeeee... mak bawa Aina beraya umah nek su...........



Syoknya beraya..........hai saya INTAN NUR AINA AFRINA



Selamat hari raya tok......................



Selamat-selamat hari raya
Aina ucapkan pada semua



Yeee......sukanya Aina



Ini anak teruna ku yang no3 MUHAMMAD AKHTAR AZIZI.......(abang lang)



Yang ni pula anak teruna ku no4 MUHAMMAD AMSYAR AMZAR.......(abang ndak)


Anak-anak teruna ku ngan sepupu mereka ......INTAN NOR AQILAH dan anak terunaku no2 MUHAMMAD ASYRAF AZHAR......(abang ngah)




Ahad, 11 Mei 2014



Inilah dua insan yang teristimewa dalam hidupku. Tanpa mereka siapalah aku. Dua insan yang ku sanjung dan ku sayang......ayah dan ibu tercinta.

SELAMAT HARI LAHIR AYAH
&
SELAMAT HARI IBU

Hari Lahir ayah dan sambutan Hari Ibu jatuh pada tanggal yang sama.







Selasa, 29 April 2014

law kana bainana



Ya rabbi qad ghaffilna
Wa kulluna thoma’un
Fi a’fwin wa fi karamin
Wa fi a’taqin
Wa jannatin maa’a sayyidil bashar
Nad’u

Nad’uka rabbi minal a’maqi
Law kana bainanal habib
Ladanal- qasi qal qarib
Min thoibatin qablal maghrib
Tholiban qurbal habib

Biqurbini nafsu tathib
Wa tad’ullah fa yujib
Anwaru thoha la taghib
Ballighna liqahu ya mujib

Hudakal kaunu rahib
Rahmatal hadil qarib
Hadithuka nahurul a’zib
Jiwarukal ghusnur ratib
Fadatkha ruuhi ya habib
Muhammadun mukrimal gharib
Biqurbikar ruhu tathib
Ya rahmatal lila’lamin
Ya habibi Ya Muhammad
Ya thobibi Ya Mumajjad
Anta zul fadhil muayyad
Jalla man solla a’laik
Ya habibi Ya Muhammad
Ya thobibi Ya Mumajjad
Anta zul fadhil muayyad
Jalla man solla a’laik
Ya habibi Ya Muhammad
Ya thobibi Ya Mumajjad
Anta zul fadhil muayyad
Jalla man solla a’laik




Ahad, 16 Februari 2014

Senam robik & iklan colgate




                             



 Inilah telatah anakku  Muhammad Amsyar Amzar . Tak ingatlah masa ini umur dia berapa.

Isnin, 10 Februari 2014

Gambar



Inilah gambar putera-puteraku........Akmal (bang long) Azhar (bang ngah) Azizi (bang lang) dan Amsyar (bang dak)



Ini gambar puteriku Aina ( kak chik )

Happy besday

Assalammualaikum.............
Lamanya aku tak berblog.......sibuk skit. Tiada apa yang menarik nakku coretkan.......sekadar nak coretkan ucapan  SELAMAT HARI LAHIR BUAT puteraku yang kedua MUHAMMAD ASYRAF AZHAR pada 22 januari lalu.........juga untuk diriku sendiri pada 23 januari lalu .....hehehe......selang sehari jeeeee dan juga untuk  puteraku yang ketiga MUHAMMAD AKHTAR AZIZI pada 10 febuari semalam.
Mak doakan semoga anak-anak mak panjang umur....murah rezeki. Jadilah anak yang soleh,hormat orang tua. Mak sayang semua anak-anak mak.

Sabtu, 4 Januari 2014

Selamat Datang 2014

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat menyambut tahun baru 2014. Semoga tahun baru ini kita tanamkan azam menjadi insan yang cermelang.....terbilang......dan gemilang......
Di tahun baru ini tanamkan azam....jadilah kita insan yang bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah berikan.
Semoga perjalanan kita sepanjang tahun ini mendapat Rahmat dari yang Esa. Insyaallah...................

Ahad, 14 Julai 2013

Salam Ramadhan



Assalammualaikum.........kiranya tak terlambat lagi untuk saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kepada yang sudi melawati blog ni.

Alhamdulillah........ ALLAH....... masih panjangkan umur kita untuk menyambut bulan Ramadhan yang penuh mulia ini. Biarlah Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang lepas. Jalani ibadah puasa dengan sempurna.
InsyaAllah......

Mohon maaf kalau ada salah silap dan terkasar bahasa dari saya.


Selasa, 4 Jun 2013

MEMORI

Assalammualaikum……
Andai dulu blog LAMAN TINTA untukku coret beraneka agenda…tapi kini beralih pula pada blog ini WASILAH MIMPI.
Salah satu coretan dalam blog LAMAN TINTA (blog ini telah ditutup)

GURINDAM JIWA

L***Luahan rasa pembuka bicara,
Sekadar untuk tatapan semua,
Aku bukanlah seorang pujangga,
Ini hanya gurindam jiwa,

A***AURA CINTAmu makin terasa,
Sentuhan hangatnya mengetarkan jiwa,
KASIHKU ABADI sepanjang masa,
Adakah ini dinamakan cinta,

M***MANISNYA CINTA yang kita bina,
Sudahpun sampai detik waktu dan ketika,
JENDELA HATIku kini terbuka,
Untuk kita melayari bahtera,

A***AIR MATA KASIH mengalir jua,
Mengenangkan hidup SEPI TANPA CINTA,
NOTA CINTA BUATmu ku utus sentiasa,
Moga OMBAK RINDUkan pefgi jua,

N***NILAI CINTAmu yang tidak terkira,
SEREDUP KASIHmu-------SESUCI CINTA,
Izikan aku untuk berbicara,
KAU ILHAMku…..YANG SEBENARnya,

T***TERBANGLAH SAYANG…..BUKAN TAK SUDI,
Aku di sini SETIA MENANTI,
SAAT CINTA BERSEMI kembali,
MASIHkah ADA KASIH disudut hati,

I***Inginku gapai MIMPI YANG PASTI,
Di puncak malam….SEINDAH MEMORI,
Inilah YANG TERINDAH….BICARA HATI,
Pergi jua akhirnya BADAI DI HATI,

N***Niat di hati ingin berbicara,
Bagaikan DUA JIWA SATU CINTA,
ADA CINTA DI HATI kita,
Inikah yang dinamakan EPILOG CINTA,

T***TAK SEINDAH MIMPI…. TIADA NOKTAH CINTA,
HADIRMU SATU KURNIA,
Bagiku TIADA YANG KEDUA,
JANGAN ADA DUSTA antara kita,

A***ANDAI ITU TAKDINYA,
RINDU YANG PERGI kini dipenghujungnya,
HATI SEORANG WANITA riang alunannya,
KAU LAKSANA BULAN……KAU YANG SATU,
KAU SAYANGKU untuk selamanya.

Isnin, 20 Mei 2013

Khasiat Buah Kurma












Buah kurma  atau dalam bahasa Arabnya tamar tergolong dalam keluarga  phoenix. Sekumpulan jenis plam seperti kelapa sawit  sementara buahnya bertangkai  seperti buah pinang. Kurma mengandung khasiat yang tinggi seperti kismis dan apricot kering.  Antaranya kurma kaya dengan protein,serat gula,vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi,kalsium,sodium  dan potasium.

Berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang lain maksudnya:”Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai  makanan.” Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai  nilai kandungan makanan yang tinggi.

Kurma adalah makanan utama  Baginda Rasulullah s.a.w . Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya:”Aku melihat Rasulullah s.a.w  memakan buah-buahan dengan kurma masak.”

Rasulullah s.a.w telah menyebut tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Iman Bukhari yang bermaksud:”Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.”

Terdapat juga di dalam Al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini,yang dialami oleh  Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa  a.s sebagaimana tersebut di dalam suruh Maryam ayat 25:

Tafsirnya:”Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.”

Ayat diatas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas,bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini,sabdanya:” Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siap yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa a.s adalah buah tamar.

Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unsure zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman,tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsure yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai  bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan aia akan disalurkan ke bahagia anggota lain dan otak.

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 per seratus,serat 2.0 hingga 4.0 per seratus dimana kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar . Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fratosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah brah usu besar kerana ia melawaskan. Sememtara kandungan vitamin A dan C amat  tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potassium. Potasium diperlukan oelh tubuh untuk system saraf kerana kurma adalah sumber mujarab. Memang dalam susu,yogurt dan makanan laut juga mengandungi potassium tetapi jumlahnya sedikit.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol.lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti the. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dalam rawatan kaedah Sufism, menjadikan kurma salah satu penawar penyakit.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 13 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si memakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan mata pun mengantuk.






Ahad, 7 April 2013

satu.....dua.....tiga.....empat....


Satu …kasih nan abadi, tiada tandingi,DIA yang satu           
Dua …sayang berpanjangan, membawa ke syurga, kasihnya IBU
Tiga …lapar dan dahaga, rela berpayahan, kasihnya AYAH
Empat …mudah kau ketemu,perhati selalu, beza antara KASIH dan KEKASIH

SATU……kita antara yang berjuta terpilih  di lahirkan ke dunia untuk melihat dan menghuni bumi ini kerana Kasih sayang dariNYA.Melihat betapa indannya alam ini, menghirup udara dan mengagumi akan kebesaran-NYA.Kita di lahirkan dalam keadaan suci dengan nikmat iman dan islam.Bersyukurlah .
DUA……insan yang melahirkan kita, yang paling hampir dengan kita…..ibu,umi,mama,mak. Insan yang mengenali sifat kita,memahami tabiat kita. Insan yang setia disamping kita saat kita sedih mahupun suka. Terima kasih mak atas kasih sayangmu. Doamu ku harap selalu.
TIGA……tanpanya siapalah kita? Pada siapalah nama  ini hendak disandarkan?Ayah…terlalu banyak pergorbananmu, terlalu banyak penat lelahmu mencari rezeki untuk membesarkan kami (anak-anakmu).Terima kasih ayah atas segala-galanya.
EMPAT……jodoh yang telah diaturkan oleh Allah. Insan yang terlalu asing kepada kita.Insan yang sukar ditemui dan dicari.Lihatlah betapa indahnya perancangan yang Allah aturkan.

Selasa, 19 Mac 2013

perwira


AL FATIHAH buat wira-wira negara yang gugur di medan pertempuran (LAHAT DATU)
Jasa mu tetap dikenang

Perwiraku
Dalam damai
Memeluk suasana
Dalam nyaman
Menyisir rasa
Entah dimana
Arahnya punca
Bumi tercinta
Di landa petaka


Perwiraku
Demi maruah
Menjunjung jasa
Demi Negara
Menggenggam setia
Demi bangsa
Memeluk bahagia
Kau korbankan
Jiwa dan raga


Perwiraku
Biar jasad
Terpisah nyawa
Gugurmu
Demi pertiwi
Jasamu
Tetap di ingati
Hanya doa
Kami iringi
Untukmu
Disana
Kekal abadi

Isnin, 18 Mac 2013

puisi

Di sini
Aku kembali
Mencari secebis rindu
Yang masih sirna
Di dalam
Suram memori


Di sini
Ada luka
Yang terpatri
Di dalam
Resah lara
Senyum diukir
Pengubat duka


Di sini
Ada kasih yang penyepi
Mencari kentuman
Cinta bertaut kembali


Nukilan:fiena






Isnin, 11 Mac 2013

muhasabah diri






Peringatan buat diri


*** bersyukur dan menyukuri nikmat yang Allah swt beri***
***Berlajar menerima segala ketentuan dari-NYA dengan pasrah dan redha***
***Setiap ketentuan-NYA adalah yang terbaik untuk kita selaku hamba-NYA***


Ya Allah
kuatkan lah aku
ketika
sedih dan susah
Ya Allah
berikan aku
pertunjuk
untuk membezakan
kebaikan dan keburukan
ketika aku memerlukan
Ya Allah
ketika aku
memerlukan jalan
kebahagian
jadikan aku 
semakin tabah
untuk menempuhi
kehidupan ini
Ya Allah
hanya pada-Mu
aku bermohon
Amin...
Amin...
Amin...