BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

welcome to my blog

Jumaat, 13 Januari 2012




NOVEL: LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU (SR PUBLICATION...PENULIS: SITI ROSMIZAH)

***Besar kesalahku,besar lagi keegoanmu,Berkali ku beri alasan,berkali-kali kau menolaknya.kau inginku menyalakan diri ini bagai lilin dan terbakar oleh perbutanmu***

Tengku Aqilah,seorang anak yang disisih oleh bapa kandungnya sendiri.13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya seorang diri.Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya,telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hashim memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tealady di sayarikat milik keluarga mereka.Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer,jejaka tampan kacukan inggeris Melayu itu begitu membenci gadis ini,mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus.Tengku Aqilah sedar dimata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya.

Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada dirinya?




NOVEL: ANDAI ITU TAKDIRNYA (BUKU PRIMA...PENULIS: SITI ROSMIZAH)

***Cintamu sesegar embun nan pagi,semakin resah menanti terbit mentari.hangatnya yang membakar mengeringkan,segala keindahan yang penuh kepalsuan***

Sinopsis"Jangan salah faham Puan Sri,kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini.Saya tak boleh membuang pangkat itu ketepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya."

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi yatim sebelum masanya.Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami disisi.Saya pekakkan telingan mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

"Andai itu takdirNya.dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar.Apa yang penting sekarang adalah kebahagian anaknya, Dania."

"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku.Andai itu takdirNya sebelum mengapai bahagia aku redha.Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu unutk bertahan lagi,hatiku lebih keras dari kerikil."



NOVEL: ADAM & HAWA (ALAF21...PENULIS: AISYA SOFEA)

****Tak usah diucap,tak usah dilafaz aku dah mengerti bahasa cintamu****

Ain Hawani,zaman solonya ternoktah pada usia remaja.Hanya kerana silap perhitungan,timbul prasangka buruk,menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat.Rayuannya tidak dipedulikan.Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya,hubungan suami isteri ini hanya tertulis diatas kertas sahaja.Ain yang kecewa pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan menghitung hari-hari nan sepi.Setiap saat rindunya terus melimpah.Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar dihatinya.Ah......Adam pasrah! semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Selepas lapan tahun pergi dan menanti,Ain dan Adam di pertemukan didepan Masjidilharam.Bagi Adam ,kebetulan ini memang didoakan sekian lama.Ain pula terus membenci dan mengganggap ikatan mereka sudah terputus.Hanya lafaz Adam yang ditunggu.Tapi tegarkan Ain?

Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik.Nafaznya bagai berombak,perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan.Ingin diluah,mulut tak terkata, ingin disimpan hati tak tertanggung.

Bagi Adam,dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi........

**Selamat Tahun Baru 2012**

Dah 14 hari kita melangkah ke tahun baru,dengan semangat dan azam yang baru atau masih merialisikan azam yg lepas.Sudah pasti usia tetap meningkat dari tahun ke tahun, begitulah putaran masa kita sebagai manusia.Tempuhi tahun baru ni dengan penuh kesyukuran.

Jumaat, 30 September 2011

@Rahsia Hati@



Rahsia hati,tiada siapa yang tahu,tiada siapa yang mengerti,tiada siapa yang peduli.Walau seringkali dilukai.....seringkali di kianati......seringkali di bohongi.Hati tetap hati.......masih menyimpan sejuta rahsia tanpa diketahui sesiapa.Rahisa hati terlalu sukar untuk dirungkai.Biar beribu tahun....rahsia hati tetap tersimpan kemas disudut kamar sekeping hati yang sepi.

**********BiNtAnG**********





Lihatlah ke dada langit
Bertaburan beribu bintang
Berkerlipan bak mutiara
Menyinari gelapnya malam
Walau tanpa sang rembulan

Indahnya bintang...walau tak secantik bulan
Setianya bintang...menemani gelapnya malam
Cantiknya bintang...walau cahayanya tak terang

Isnin, 22 Ogos 2011

MoOd RaYa SuDaH TiBa




Assalammualaikum.....
Tinggal hanya seminggu lagi kita nak berpuasa.Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna bagi kita.

Untuk para ibu semesti nya tengah sibuk membuat persiap untuk menyambut hari raya, terutamanya persiapan untuk anak-anak.

********** SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI**********

ANDAI PENA BERMAIN MADAH
MADAH BERSULAM TINTA NISTA
KALAU ADA SILAP DAN SALAH
AMPUN DAN MAAF HAMBA PINTA

ANDAI DIHATI DUKA NESTAPA
USAH DIBIAR MEMAKAN DIRI
KINI MASANYA TELAH TIBA
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI