BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

welcome to my blog

Isnin, 21 Mei 2012




Ahad, 13 Mei 2012





Detik waktu yang berlalu pantas meninggalkan jejak silam dalam kenangan , tanpa kita sedari. Pelbagai kenanagna kita lalui suka ......duka......tangis....ketawa.....bahagia.....derita. Itulan namanya kehidupan.

Setiap lorong kenangan yang kita susuri , bermacam pengalaman yang kita kutip dalam menempuh kehidupan.
Pengalaman yang mendewasakan kita . Pengalaman yang mengajar kita erti kehidupan.

Isnin, 7 Mei 2012

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga,Kasih Ayah Kekal Selamanya

Jasa Bonda

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leternya dari rasa luhur
Menengur sebelum terlanjur
Itulah yang di warisi
Pesan ibu terpahat dihati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Lagu Kumpulan Warisan

Assalammualaikum.....( bicara hatiku)
 
 Aku sayang mak dan aku juga sayang ayah.Merekalah ratu dan merekalah raja.Kasih sayang yang mereka berikan tiada batasnya untuk aku dan adik-adikku.Mak kasihmu ibarat pelagi indah menyejukan jiwa ,ayah kasihmu bak sinar mentari yang sentiasa menyinar.

Aku sayang mak.Aku tahu bukan sedikit air mata mak tumpah dalam membesarkan aku dan adik-adikku yang pelbagai ragam.Bukan sedikit air mata mak tumpah kerana bicara yang menguris hatinya oleh insan-insan yang tiada rasa jiwa.

Aku sayang ayah.Aku tahu bukan sedikit keringat ayah menyimbah kebumi untuk membesarkan aku dan adik-adikku.Bukan sedikit keringat ayah menyimbah kebumi mencari rezeki dengan melakukan berbagai kerja untuk menampung kehidupan kami sekeluarga .Bukan sedikit ayah menerima tekanan dari insan -insan yang tidak berhati mulia.
 

Isnin, 30 April 2012

Hati.....
Sebenarnya apa yang kau mahu?
Ketika resah menyapa mesra
Kau mengalun irama hampa
Jiwa parah berlagu duka

Hati.....
Sebenarnya masihkah engkau di hambat rindu?
Ketika rindu menyusun madah
Kau menyanyi irama indah
Hilang semua rasa gundah

Hati.....
Sebenarnya masihkah engkau keliru?
Bila resah mencengkam kalbu
Kau tersesat dalam rindu
Mencari dimana ruang cintamu  

Jumaat, 27 April 2012

Program Anak Angkat

Pegambilan anak-anak angkat , pelajar tingkatan 4 dari Sek.Men Bandar Baru Sintok dengan
kerjasama daripada pengurusan Felda Bukit Tangga, diadakan pada 25.04.2012. Seramai lebih kurang 73 orang pelajar dan 20 orang keluarga angkat terlibat dalam program ini. Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam yang berakhir hari ini (27.04.2012). Pelbagai aktivi diadakan sepanjang program ini berlansung.

Aku adalah salah seorang keluarga angkat tersebut.

Dari sebelah kiri:Mohd Amzar adil, Al fahmy,Akhmal,(anak angkat),akmal(anak teruna aku yg sulong),En Hubby dan aku.