BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

welcome to my blog

Jumaat, 30 November 2012

Bila Hati Mula Berbicara....Pena Mula Mengukir Kata



Ya Allah.....
Dalam melayari kehidupan ini
Dugaan sering melanda silih berganti
Apakah ini suratan atau
Realiti sebuah kehidupan
Dalam payah menghayun langkah
Dalam hiba membilang resah
Dalam tabah memilih arah
Hanya padamu Ya Allah
Aku berserah
Bersama iringan doa
Agar aku tabah
Mengharungi dugaan yang 
Engkau beri 


Ya Allah.....
Dalam redha menghadapi dugaan darimu
Aku pasrah menempuhi setiap ujian ini
Biar diri disakiti.....
Biar hati dilukai.....
Biar senyuman terpaksa ku ukiri
Biar rebah menyembah bumi
Aku pasti berdiri kembali
Mencari harga diri
Mencari rehdamu Ya Ilahi
Dalam doa aku bermohon
Agar aku tabah mengharugi
Setiap jalan yang ku susuri
Biar air mata membasuh luka di hati
Untukku mengalah tidak sekali

Ya Allah.....
Sekali lagi aku diuji
Hanya padaMu aku bermunajat
Hanya padaMu tempat aku mengadu
Hanya padaMu ku luahkan
Gelodak hati
Yang tidak terbendung lagi
Bukan sengaja aku hendak marah
Aku cuma insan biasa
Yang serba lemah
Amarahku bagaikan mengila
Aku rasakan bagai dicabar
Tanpa lawan
Sekian lama aku cuba bersabar
dengan sandiwara mereka
Aku rasa tertewas
Tanpa bicara
Betapa aku kecewa
Aku rebah dalam sengsara
Dalam lemah ku gagah berdiri
Aku perlu tabah hadapinya

Ya Allah.....
Berilah aku kesabaran
Tabahkanlah hatiku
Kuatkanlah imanku
Agar aku tidak sesat didalam terang
Amin.....
Amin.....
Amin.....
       

Jumaat, 19 Oktober 2012

Mencari RedhaMu.....

Taubat Seorang Hamba
 
 
 
 
 Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang
Ku lakukan
Oh Tuhan Maha kuasa
Terima taubat 
Hamba berdosa   

Ku akui kelemahan diri
Ku insafi
Kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah........
Terimalah........
Terimalah........
Taubatku ini...
 
Telah aku merasakan
Derita jiwa
Dan perasaan
Kerna hilang dari jalan
Menuju redha Mu
Ya tuhan 

Aaahhh
Aaahhh
Aaahhh
 
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi
Kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah.....
Terimalah....
Terimalah....
Taubatku ini

Di hamparan ini
Ku meminta
Moga taubatku
Diterima.......
 
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi
Kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah.....
Terimalah.....
Terimalah....
Taubatku ini
 
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi
Kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah.....
Terimalah.....
Terimalah....
Taubatku ini
 
song:TAUBAT SEORANG HAMBA
singers:IRSYADEE & HAFIZ HAMIDUN    

Ahad, 14 Oktober 2012

Bicara Tentang Hati

Bicara tentang hati
Ada ketikanya insan yang kita sayang
Membuat kita dalam keadaan teruji
Bicara tentang hati
Ada ketikanya insan yang kita sayang
Selalu membuat kita terluka
Bicara tentang hati
Ada ketikanya insan yang kita sayang
Semakin membuat kita terkilan
Bicara tentang hati
Ada ketikanya insan yang kita sayang
Membuat rasa sabar kita kian menipis
Bicara tentang hati
Ada ketikanya insan yang kita sayang
Mengguris hati kita
Sehinggan air mata kita menitis
Bicara tentang hati
Ada ketikanya insan yang kita sayang
Membuat kita rasa kecewa
Dengan sikapnya yang sambil lewa
Bicara tentang hati
Hanya Allah tempat mengadu
Untuk setiap ujian yang diberi

Jumaat, 31 Ogos 2012

Merdeka......Merdeka.....Merdeka

Tanggal 31 Ogos hari penuh makna untuk kita semua, tarikh dimana Malaysia di istiharkan Merdeka....


MERDEKA......
MERDEKA......
MERDEKA......



55 tahun Malaysia merdeka
55 tahun dahulu
kalimat merdeka dilaung
dengan penuh semangat

kini 55 tahun merdeka
kalimat merdeka dilaung
tetap sama
inilah tanah airku

disini aku di lahirkan
disini zaman remaja dan dewasaku
di sini ku belajar jadi cerdik dan pandai

Selamat menyambut hari Merdeka yang ke 55 tahun untuk semua.

Ahad, 26 Ogos 2012

Salam Ya Lebaran

Assalammualaikum .........

Yehhhh.... dah berserawang dah blog ni....lama dah tak buka.

Di kesempatan ini saya mengucapkan salam lebaran buat para pembaca yang sudi melayari blog ni yang tak seberapa menarik.

Syawal menjelma di sambut gembira,
Berkumpul semua sanak saudara,
Tangan di hulur maaf di pinta,
Selamat menyambut Aidilfitri yang mulia.




Jumaat, 13 Julai 2012

MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH....TAPAK GUDANG AMBANG PROSPEK (NEKAD)





11 Jualai 2012...Majlis Perasmian Pecah Tanah tapak gudang Ambang Prospek SDN.BHD. anak syarikat Persatuan Nelayan Negeri Kedah (NEKAD),di kawasan perindustrian PKNK,Bukit Kayu Hitam.


















Pengerusi NEKAD.....Encik Ahmad Rudin Hussain.....

Khamis, 14 Jun 2012