BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

welcome to my blog

Jumaat, 30 September 2011

@Rahsia Hati@



Rahsia hati,tiada siapa yang tahu,tiada siapa yang mengerti,tiada siapa yang peduli.Walau seringkali dilukai.....seringkali di kianati......seringkali di bohongi.Hati tetap hati.......masih menyimpan sejuta rahsia tanpa diketahui sesiapa.Rahisa hati terlalu sukar untuk dirungkai.Biar beribu tahun....rahsia hati tetap tersimpan kemas disudut kamar sekeping hati yang sepi.

**********BiNtAnG**********





Lihatlah ke dada langit
Bertaburan beribu bintang
Berkerlipan bak mutiara
Menyinari gelapnya malam
Walau tanpa sang rembulan

Indahnya bintang...walau tak secantik bulan
Setianya bintang...menemani gelapnya malam
Cantiknya bintang...walau cahayanya tak terang

Isnin, 22 Ogos 2011

MoOd RaYa SuDaH TiBa




Assalammualaikum.....
Tinggal hanya seminggu lagi kita nak berpuasa.Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna bagi kita.

Untuk para ibu semesti nya tengah sibuk membuat persiap untuk menyambut hari raya, terutamanya persiapan untuk anak-anak.

********** SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI**********

ANDAI PENA BERMAIN MADAH
MADAH BERSULAM TINTA NISTA
KALAU ADA SILAP DAN SALAH
AMPUN DAN MAAF HAMBA PINTA

ANDAI DIHATI DUKA NESTAPA
USAH DIBIAR MEMAKAN DIRI
KINI MASANYA TELAH TIBA
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI

Isnin, 15 Ogos 2011

CoReTaN LaMa

Alhamdulillah.....sudah beberapa hari umat islam menyambut bulan Ramadan. Semoga bulan Ramadan tahun ini kita tempuhi dengan penuh keimanan....penuh kesabaran...penuh kesyukuran dab penuh keinsafan.

Bulan Ramadan, bulan yang mulia,bulan yang mengajar kita akan erti kesabaran , bulan yang mengajar kita akan teguhnya iman dengan pelbagai dugaan.

Teringat akan bulan Ramadan semasa aku kecil dahulu.Alhamdulillah...seawal umur tujuh tahun aku sudah boleh berpuasa penuh sebulan.Ini berkat kesabaran dan ketabahan seorang ibu mendidik puteri-puterinya menjalankan ibadah puasa.

Setiap petang emak akan memasak juadah yang istimewa.Biarpun hanya dua atau tiga jenis juadah saja tetapi aku tetap gembira.Kerana sampai waktu berbuka nanti pelbagai juadah akan tersedia.Beranekan kuih dan laukpauk yang diberi oleh jiran.

Amalan menghantar juadah kepada jiran dan jiran akan membalas kembali.Setiap kali menjelang bulan Ramadan tradisi begini akan bermula.Namun kini amalan ini kurang diamalkan lagi atau mungkin pupus di telan arus waktu.

Bulan Ramadan tetap akan kembali lagi.Syukur......syukur......syukur.... tahun ini masih lagi kita berpeluang menjalani ibadah puasa.

CoReTaN RiNgKaS

15.08.2011........4.00pm......

Hari ini rasa seronok pula bekerja entah kenapa,hati rasa tenang,riang saja.Rasa lapang saja perjalanan ku hari ini.

Saat hati berbunga bahagia,ada saja yang suka membuat jiwaku merana,lantas tiada senyum mesra.Bukan kerana berpuasa,tapi kerana ada insan yang sakit jiwa.

Adaka patut disuruhnya kita buat suatu kerja dengan segera.Ingat kita ni apa.Bukannya nak bagitau awal-awal.Aduh sampai kita sekali turut sakit jiwa.

Isnin, 8 Ogos 2011




Jumaat, 29 Julai 2011

SeLaMaT MeNyAmBuT RaMaDhAn Al-MuBaRaK



Alhamdulillah....tinggal beberapa waktu lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan yang penuh berkat.

Jumaat, 8 Julai 2011

MaDah KaTa...MaDaH PuJaNgGa...MaDaH CiNtA

***Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari,kemudian dia datangkan guruh dan kilat,puas kita mencari dimana matahari,rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.

***Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarnya dan elakkan daripada menjadi cahaya terang yang bersifat seketika cuma.

***Jangan menyesal pada keadaan semalam,jangan berangan pada hari esok yang tak pasti,tapi hiduplah pada hari ini dengan setiap kemungkinan dan cabaran.

***Andai kamu dongak kelangit,jangan lupa tunduk kebumi.Bila kamu berjalan kehadapan, jangan lupa toleh kebelakang.Langit itu penuh impian,bumi itu kenyataan.Dihadapan kamu adalah cabaran dan dibelakang kamu itu teladan.

***Hari ini bila ia datang,jangan biarkan ia berlalu pergi.Esok kalau ia masih bertandang,jangan harap ia akan datang kembali.

***Mentari yang muncul diufuk timur,tidak pernah berjanji untuk muncul diufuk barat.


###Tidak dinamakan hidup jika tidak ada kekusutan.tidak dinamakan kematangan jika tidak ada kekalutan.

###Kelmarin adalah kenangan,hari ini adalah perjuangan dan esok bukanlah satu kepastian.

###Senyuman itu penawar resah,lukisan hati yang menyimpan sejuta makna.

###Renungilah setiap nadi masa kerana disitulan tersiratnya dengutan rahsia.

###Hidup ini penuh dugaan, sesekali jatuh dan sesekali tersungkur.Namun dugaan itu yang mematangkan diri.

###Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

###Pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah,pandangan nafsu selalu melulu dan pandangan hati itu yang hakiki.


@@@Anyamlah desir ombak menjadi selembar sutera.Pintalkan buih dilautan menjadi selaut mutiara.Usah terleka dek kemilau cahaya, agar tidak tersasar antara kaca dan permata.

@@@Biar beribu bintang di langit, bulan jua membawa cahaya.

@@@Aku ingin jadi seperti bintang,biarpun kerdil tidak sebesar dan secantik bulan,namun bintang tetap punya cahayanya tersendiri.

@@@Usah merenjis awan dalam renyai yang merintik,usah menginai gelap malam dengan beribu warna pelangi.

@@@Luka yang berbekam dihati amat sukar diusir.Rasa perit yang menggerit terlalu sakit untuk ditafsir.

@@@Apabila kelopak cinta gugur,dia sujud menghadap kudus kasih abadi.Dalam pasrah dia mencari,dimanakah noktahnya sebuah kalimah cinta suci.

@@@Lazimnya bila cinta telah hilang,hati tertanya-tanya,mengapa dalam suasana riang hati masih sepi dan mengapa dalam suasana sepi hati semakin pilu dihiris rindu.

@@@Tanya sama hati,adakah jiwamu bagai ombak di tengah lautan,bila datang menderu kau usung segala beban ke gigi pantai.

@@@Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya.Anehnya dalam resah angin masih bawa salam bahagia walaupun seketika.Payahnya apabila sayang jadi benci.Sukarnya nak pujuk hati,biar benci menjadi sayang.

Jumaat, 24 Jun 2011

Alam

Lihatlah......
Mentari tidak bosan
Memancarkan sinarnya
Menerangi segenap alam

Namun......
Pagi ini
Mentari enggan menyapa
Bersembunyi disebalik awan kelabu
Segenap alam menjadi suram

Rupa-rupanya......
Gerimis hujan begitu syahdu
Membasahi hijaunya bumi
Yang semakin layu

Pandanglah......
Dikaki langit sana
Sang pelangi menceriakan suasana
Dengan warna indahnya

Sabtu, 11 Jun 2011

BoNdA

Bonda......
Bening matamu menyingkap seribu makna
Menyerap ke dasar lubuk hatimu
Yang menyimpan sejuta cerita
Bahagia mahupun duka lara

Bonda......
Kudup kasihmu sesuci taman firdausi
Kau warnai kasihmu bak pelangi
Indah sekali
Terkadang gerimis menyulam
Menyapa sekeping hati
Pelangi kasihmu tetap berseri

Jumaat, 10 Jun 2011

InDaHnya AlaM CiPtAaN TuHaN

Isnin, 30 Mei 2011