BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

welcome to my blog

Ahad, 14 Julai 2013

Salam Ramadhan



Assalammualaikum.........kiranya tak terlambat lagi untuk saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kepada yang sudi melawati blog ni.

Alhamdulillah........ ALLAH....... masih panjangkan umur kita untuk menyambut bulan Ramadhan yang penuh mulia ini. Biarlah Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang lepas. Jalani ibadah puasa dengan sempurna.
InsyaAllah......

Mohon maaf kalau ada salah silap dan terkasar bahasa dari saya.


Selasa, 4 Jun 2013

MEMORI

Assalammualaikum……
Andai dulu blog LAMAN TINTA untukku coret beraneka agenda…tapi kini beralih pula pada blog ini WASILAH MIMPI.
Salah satu coretan dalam blog LAMAN TINTA (blog ini telah ditutup)

GURINDAM JIWA

L***Luahan rasa pembuka bicara,
Sekadar untuk tatapan semua,
Aku bukanlah seorang pujangga,
Ini hanya gurindam jiwa,

A***AURA CINTAmu makin terasa,
Sentuhan hangatnya mengetarkan jiwa,
KASIHKU ABADI sepanjang masa,
Adakah ini dinamakan cinta,

M***MANISNYA CINTA yang kita bina,
Sudahpun sampai detik waktu dan ketika,
JENDELA HATIku kini terbuka,
Untuk kita melayari bahtera,

A***AIR MATA KASIH mengalir jua,
Mengenangkan hidup SEPI TANPA CINTA,
NOTA CINTA BUATmu ku utus sentiasa,
Moga OMBAK RINDUkan pefgi jua,

N***NILAI CINTAmu yang tidak terkira,
SEREDUP KASIHmu-------SESUCI CINTA,
Izikan aku untuk berbicara,
KAU ILHAMku…..YANG SEBENARnya,

T***TERBANGLAH SAYANG…..BUKAN TAK SUDI,
Aku di sini SETIA MENANTI,
SAAT CINTA BERSEMI kembali,
MASIHkah ADA KASIH disudut hati,

I***Inginku gapai MIMPI YANG PASTI,
Di puncak malam….SEINDAH MEMORI,
Inilah YANG TERINDAH….BICARA HATI,
Pergi jua akhirnya BADAI DI HATI,

N***Niat di hati ingin berbicara,
Bagaikan DUA JIWA SATU CINTA,
ADA CINTA DI HATI kita,
Inikah yang dinamakan EPILOG CINTA,

T***TAK SEINDAH MIMPI…. TIADA NOKTAH CINTA,
HADIRMU SATU KURNIA,
Bagiku TIADA YANG KEDUA,
JANGAN ADA DUSTA antara kita,

A***ANDAI ITU TAKDINYA,
RINDU YANG PERGI kini dipenghujungnya,
HATI SEORANG WANITA riang alunannya,
KAU LAKSANA BULAN……KAU YANG SATU,
KAU SAYANGKU untuk selamanya.

Isnin, 20 Mei 2013

Khasiat Buah Kurma












Buah kurma  atau dalam bahasa Arabnya tamar tergolong dalam keluarga  phoenix. Sekumpulan jenis plam seperti kelapa sawit  sementara buahnya bertangkai  seperti buah pinang. Kurma mengandung khasiat yang tinggi seperti kismis dan apricot kering.  Antaranya kurma kaya dengan protein,serat gula,vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi,kalsium,sodium  dan potasium.

Berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang lain maksudnya:”Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai  makanan.” Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai  nilai kandungan makanan yang tinggi.

Kurma adalah makanan utama  Baginda Rasulullah s.a.w . Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya:”Aku melihat Rasulullah s.a.w  memakan buah-buahan dengan kurma masak.”

Rasulullah s.a.w telah menyebut tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Iman Bukhari yang bermaksud:”Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.”

Terdapat juga di dalam Al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini,yang dialami oleh  Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa  a.s sebagaimana tersebut di dalam suruh Maryam ayat 25:

Tafsirnya:”Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.”

Ayat diatas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas,bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini,sabdanya:” Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siap yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa a.s adalah buah tamar.

Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unsure zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman,tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsure yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai  bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan aia akan disalurkan ke bahagia anggota lain dan otak.

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 per seratus,serat 2.0 hingga 4.0 per seratus dimana kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar . Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fratosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah brah usu besar kerana ia melawaskan. Sememtara kandungan vitamin A dan C amat  tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potassium. Potasium diperlukan oelh tubuh untuk system saraf kerana kurma adalah sumber mujarab. Memang dalam susu,yogurt dan makanan laut juga mengandungi potassium tetapi jumlahnya sedikit.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol.lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti the. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dalam rawatan kaedah Sufism, menjadikan kurma salah satu penawar penyakit.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 13 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si memakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan mata pun mengantuk.






Ahad, 7 April 2013

satu.....dua.....tiga.....empat....


Satu …kasih nan abadi, tiada tandingi,DIA yang satu           
Dua …sayang berpanjangan, membawa ke syurga, kasihnya IBU
Tiga …lapar dan dahaga, rela berpayahan, kasihnya AYAH
Empat …mudah kau ketemu,perhati selalu, beza antara KASIH dan KEKASIH

SATU……kita antara yang berjuta terpilih  di lahirkan ke dunia untuk melihat dan menghuni bumi ini kerana Kasih sayang dariNYA.Melihat betapa indannya alam ini, menghirup udara dan mengagumi akan kebesaran-NYA.Kita di lahirkan dalam keadaan suci dengan nikmat iman dan islam.Bersyukurlah .
DUA……insan yang melahirkan kita, yang paling hampir dengan kita…..ibu,umi,mama,mak. Insan yang mengenali sifat kita,memahami tabiat kita. Insan yang setia disamping kita saat kita sedih mahupun suka. Terima kasih mak atas kasih sayangmu. Doamu ku harap selalu.
TIGA……tanpanya siapalah kita? Pada siapalah nama  ini hendak disandarkan?Ayah…terlalu banyak pergorbananmu, terlalu banyak penat lelahmu mencari rezeki untuk membesarkan kami (anak-anakmu).Terima kasih ayah atas segala-galanya.
EMPAT……jodoh yang telah diaturkan oleh Allah. Insan yang terlalu asing kepada kita.Insan yang sukar ditemui dan dicari.Lihatlah betapa indahnya perancangan yang Allah aturkan.

Selasa, 19 Mac 2013

perwira


AL FATIHAH buat wira-wira negara yang gugur di medan pertempuran (LAHAT DATU)
Jasa mu tetap dikenang

Perwiraku
Dalam damai
Memeluk suasana
Dalam nyaman
Menyisir rasa
Entah dimana
Arahnya punca
Bumi tercinta
Di landa petaka


Perwiraku
Demi maruah
Menjunjung jasa
Demi Negara
Menggenggam setia
Demi bangsa
Memeluk bahagia
Kau korbankan
Jiwa dan raga


Perwiraku
Biar jasad
Terpisah nyawa
Gugurmu
Demi pertiwi
Jasamu
Tetap di ingati
Hanya doa
Kami iringi
Untukmu
Disana
Kekal abadi

Isnin, 18 Mac 2013

puisi

Di sini
Aku kembali
Mencari secebis rindu
Yang masih sirna
Di dalam
Suram memori


Di sini
Ada luka
Yang terpatri
Di dalam
Resah lara
Senyum diukir
Pengubat duka


Di sini
Ada kasih yang penyepi
Mencari kentuman
Cinta bertaut kembali


Nukilan:fiena






Isnin, 11 Mac 2013

muhasabah diri






Peringatan buat diri


*** bersyukur dan menyukuri nikmat yang Allah swt beri***
***Berlajar menerima segala ketentuan dari-NYA dengan pasrah dan redha***
***Setiap ketentuan-NYA adalah yang terbaik untuk kita selaku hamba-NYA***


Ya Allah
kuatkan lah aku
ketika
sedih dan susah
Ya Allah
berikan aku
pertunjuk
untuk membezakan
kebaikan dan keburukan
ketika aku memerlukan
Ya Allah
ketika aku
memerlukan jalan
kebahagian
jadikan aku 
semakin tabah
untuk menempuhi
kehidupan ini
Ya Allah
hanya pada-Mu
aku bermohon
Amin...
Amin...
Amin...

Jumaat, 8 Mac 2013

Program Waris Cemerlang Pelajar Gemilang yang diadakan di SEK.MEN.KEB. BANDAR BARU SINTOK. Perjumpaan waris pelajar tingkatan lima diadakan di dewan Cenderawasih pukul 11.30pagi.Hari yang paling sibuk untuk aku, apa taknya sebelah petang pula ada mesyuarat kakitanga kat opis pula.

Perjumpaan waris habis pukul 1.40ptg ,aku terus ke opis sebab mesyurat kakitangan pula pukul 2.30ptg.

Inilah wajah-wajah yang hadir ke mesyuarat kakitangan NEKAD.

Ahad, 24 Februari 2013

Assalamualaikum..............

Bosannyaaaaa........tak tau nak tulis apa dalam blog hari ni.Rasa malasnya nak buat keja.

sekadar bisikan hatiku dikala ini.  

                                 Setiap tangisan

pasti
disulam dengan senyuman
setiap kesabaran
pasti
 diganti dengan kemenangan
setiap kedukaan
pasti
 berganti dengan kebahagiaan
setiap perpisahan
pasti bermula
dengan
 satu pertemuan
setiap yang berakhir
 akan
bertukar
dengan
 suatu permulaan
dan
setiap ujian yang Allah berikan
pasti
 ada hikmah disebaliknya
bersyukurlah
dengan
apa yang ada

Isnin, 11 Februari 2013

2013



Assalamualaikum.............
Lama sudah tidak update blog ni,agak berserawang .

Siang berganti malam,Hari berganti minggu,Minggu berganti bulan,Bulan berganti tahun,yang pasti umur kita akan meningkat, mengikut peredaran waktu.Masa tidak menunggu kita,umur kita tak pasti sampai bila,semua atas ketentuan Yang Maha Esa.Sama-samalah kita mencari redha dariNya