BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

welcome to my blog

Isnin, 30 April 2012

Hati.....
Sebenarnya apa yang kau mahu?
Ketika resah menyapa mesra
Kau mengalun irama hampa
Jiwa parah berlagu duka

Hati.....
Sebenarnya masihkah engkau di hambat rindu?
Ketika rindu menyusun madah
Kau menyanyi irama indah
Hilang semua rasa gundah

Hati.....
Sebenarnya masihkah engkau keliru?
Bila resah mencengkam kalbu
Kau tersesat dalam rindu
Mencari dimana ruang cintamu  

Jumaat, 27 April 2012

Program Anak Angkat

Pegambilan anak-anak angkat , pelajar tingkatan 4 dari Sek.Men Bandar Baru Sintok dengan
kerjasama daripada pengurusan Felda Bukit Tangga, diadakan pada 25.04.2012. Seramai lebih kurang 73 orang pelajar dan 20 orang keluarga angkat terlibat dalam program ini. Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam yang berakhir hari ini (27.04.2012). Pelbagai aktivi diadakan sepanjang program ini berlansung.

Aku adalah salah seorang keluarga angkat tersebut.

Dari sebelah kiri:Mohd Amzar adil, Al fahmy,Akhmal,(anak angkat),akmal(anak teruna aku yg sulong),En Hubby dan aku.

 

Rabu, 25 April 2012


Isnin, 23 April 2012

Semalam Dalam Kenangan

Semalam.....
Yang telah ku tinggalkan
Semakin jauh hari demi hari
Semakin lenyap di ulik mimpi
Semakin suram dalam gelapnya cahaya
Semakin lesu di mamah usia

Semalam.....
Yang penuh dengan kenangan
Yang penuh dengan agenda
Yang penuh dengan  cerita
Yang penuh dengan bahagia
Ku jejaki satu persatu
 
Semalam.....
Baruku belajar mengenal ertinya kasih
Baruku belajar mengenal ertinya sayang
Baruku belajar mengenal ertinya sahabat
Baruku belajar mengenal ertinya lawan
Baruku belajar mengenal ertinya dunia yang
penuh pancaroba
 
Semalam.....
Ku susuri danau dan lembah
Ku kutip kenangan-kenangan indah
Ku simpul dalam lipatan kenangan
Biar menjadi memori indah
 
Semalam.....
Yang telah ku tinggalkan
Yang telah mendewasakan aku  
Yang telah mengajar aku 
Selamat tinggal kenangan semalam 
 

Redha

Selesema dan demamku masih tak kebah-kebah.
Sembuh sekejap pastu selesema dan demam balik.
Bila badan dah tak sihat buat apa kerja pun serba tak kena.
Paling malasnya bila nak pi kerja,rasa tak selesa pun ada.
Namun aku redha dengan semua yang terjadi.
Sesuatu yang Allah beri kepada kita,disebalik musibah yang
Allah turunkan pasti ada hikmah di sebaliknya.

Isnin, 16 April 2012

Insan kerdil

Sesungguhnya hidup ini umpama roda, yang sentiasa berputar.
Terkadang kita diatas, terkadang kita di bawah.
Hidup ini sememangnya adalah giliran antara senyum dan tagis,
antara bahagia dan duka.
Janganlah kita mengharapkan siang berpanjangan,
Namun gelap malam pasti akan bertandang.
Sesungguhnya ia adalah ketetapan dalam kehidupan.
Dia yang Maha Esa telah tentukan demikian dalam janji-Nya.
Kita hayanlah insan biasa.
Kita hamba yang kaya dengan kemiskinan, penuh kekurangan.
Terkadang kita teralpa dalam terangnya siang,
Namun kita resah pada waktu gelapnya malam.
Usah biarkan hatimu di panggang resah,
Usah jiwamu dibakar resah gelisah.
Akurlah dan fahamilah hakikat hidup ini.
Sesungguhnya ada hikmah dari setiap ketentuan.
Rasailah kasih-Nya disaat engkau derita.
Sesungguhnya lantara kasih illahi itu sememangnya akan ditemui,
dalam kepedihan musibah yang engkau alami.
Berdoa dan bertawakallah.