BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

welcome to my blog

Sabtu, 17 Mac 2012

DOA


Ya Allah.........
Andai ini ujianmu untuk ku
Aku redha
Walau sukar untukku lalui

Ya Allah.......
Permudahkan segala urusanku
Limpahkan aku rahmat dan keredhaanMu

Ya Allah.......
Berikan daku kekuatan
Untukku menempuhi segala
Ujian dariMu

Ya Allah......
Tanamkan kesabaran
Yang tiada terbatas
Dalam hatiku

Ya Allah......
Tetapkanlah imanku
hanya pada jalanMu

Amin....Amin...Amin....



Isnin, 5 Mac 2012

Hadiah Untuk Ibu Tercinta Bapa Tersayang

Sembilan Bulan 10 Hari Dalam Kandungan

Ibu tidak malu untuk aktiviti harian
Ibu tidak malu untuk berjumpa doktor
walau pun doktor lelaki
Demi kerana sayangkan anak

Anak hadiahkan-Menendang perut ibu-
adakala ibu rasa sakit,sengkak,
terganggu dalam tidur

Sebelum Hari Pertama Lahir Ke Dunia

*Ibu bapa menyediakan persiapan.
*Lampin, botol susu,kelambu,tilam,
pakaian dan sebagainya.
*Bilik dikemas bersih.
*Bapa menanda kelender
*Ibu menghitung hari
*Rasa gembira
*Penantian itu satu penyiksaan

Hari Pertama Lahir

*Keperitan ibu hanya Allah yang tahu
*Ibu dah tidak malu demi keselamatan
anak tercinta
*Ayah tak tentu duduk dalam hati tidak
berhenti berdoa semoga anak dan ibus
selamat
*Hadiah anak-menangis menjerit

Selepas Kelahiran

*Ibu berpantang-makan nasi
berlaukkan talang dan lada hitam
*Bapa kurang tidur,mimpi indahnya
diganggu
*Anak hadiahkan- menangis di tengah
malam

Sepanjang Tahun Kelahiran

*Bapa membelai,ibu memberi kasihs
sayang
*Kesihatan dijaga
*Keselamatan di utama
*Keselesaan anak jadi agenda
*Anak hadiahkan-berak kencing

5 Hingga 6 Tahun

*Cita-cita ibu bapa menggunung tinggi
*Harapan kepada anak cemerlang
gemilang terbilang
*Pilih TADIKA terbaik dan termampu
*Hantar dan ambil setiap hari
*Anak hadiahkan-conteng dinding
rumah

7 Hingga 12 Tahun

*Berbelanja besar untuk anak
bersekolah
*Dalam hati sering berdoa supaya anak
boleh dibanggakan
*Wang saku,duit buku,pakaian sekolah
baru saban tahun dan sebagainya
*Anak hadiahkan-menonton ty sepanjang
masa,menipu ibu membohong ayah

13 Hingga 15 Tahun

*Anak semakin besar belanja semakin
besar
*Anak semakin remaja jiwa makin
merdeka
*Anak hadiahkan-mula pandai
melawan ibu,menjawab cakap bapa

16 Hingga 21 Tahun

*Makin dewasa makin bergaya,
berbagai dicuba,mula bercinta
*Lupa nasihat ibu bapa,cakap rakan
lebih percaya
*Anak hadiahkan-tak endah cakap
ibu bapa,sikap biadap untuk hati ibu
terluka


Hargailah Ibumu
Hormatilah Bapamu
Tanpa restu Mereka Anda
Tidak Akan Bahagia


(petikkan ini diambil dari....nukilan anak kesayangan)