BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

welcome to my blog

Isnin, 3 Disember 2012

NyAnYiAn JiWa

Dikala kesunyian melanda diri, tercari-cari kemana arah hendak dituju. dikala bersendiri, tercari-cari kemana hilang teman berbicara. Terlalu sukar hendak mentafsir kehendak hati, terlalu kusut untuk difikiri. Lantaran di ruangan ini ku luahkan segala rasa yang bermukim ini. Agar hilang semua gundah yang melanda diri.

Mengapa sembunyi kata dihati,andai senyuman itu penawar duka.Mengapa hati menahan derita,andai takdir itu suratan kehidupan. Mengapa mengeluh setiap yang terduga,hanya akur pada ketentuan Ilahi. mungkin ada makna yang tersirat di sebalik takdir Allah. Terimalah ketentuan dariNya dengan penuh redha.

Terkadang terluah difikiran, mengapa diri ini sering diuji? Namun bila kesedaran menyapa hati , aku mula menyedari. Hanya padaMu aku bersujud ....bermunajat.....menginsafi kekurangan diri. Aku harus tabah menghadapi ketentuanMu ini. Aku harus redha dengan segala ujian ini. Aku harus pasrah menerima apa yang diberi.



 


0 ulasan: