Buah kurma atau dalam bahasa Arabnya tamar tergolong
dalam keluarga phoenix. Sekumpulan jenis
plam seperti kelapa sawit sementara
buahnya bertangkai seperti buah pinang.
Kurma mengandung khasiat yang tinggi seperti kismis dan apricot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein,serat
gula,vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi,kalsium,sodium dan potasium.
Berdasarkan sabda Rasulullah
s.a.w yang lain maksudnya:”Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak
mempunyai makanan.” Kurma diangkat
tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai
nilai kandungan makanan yang tinggi.
Kurma adalah makanan
utama Baginda Rasulullah s.a.w .
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya:”Aku melihat Rasulullah
s.a.w memakan buah-buahan dengan kurma
masak.”
Rasulullah s.a.w telah
menyebut tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Iman Bukhari yang
bermaksud:”Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan
yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar
bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memakan 7 biji
tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari
itu.”
Terdapat juga di dalam
Al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini,yang dialami
oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau
mengandung Nabi Isa a.s sebagaimana
tersebut di dalam suruh Maryam ayat 25:
Tafsirnya:”Dan
goncangkan batang kurma itu kepadanya nanti ia gugurkan atasmu kurma yang
masak.”
Ayat diatas menjelaskan
tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas,bila mana
Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas
bersalin.
Rasulullah juga pernah
bersabda mengenai hal ini,sabdanya:” Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri
kamu yang hamil dan barang siap yang memakan buah tamar tersebut semasa
hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar
dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa a.s
adalah buah tamar.
Penemuan kajian sains
tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unsure zat besi dan kalsium telah
membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam Al-Quran dan
hadis Rasulullah s.a.w bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan
keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman,tetapi ia
adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik
daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh
mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan
kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsure yang paling tinggi bagi
membentuk susu ibu. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka
dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga
berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah dan sumsum
tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara
makanan yang paling pantas diproses sebagai
bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan aia akan
disalurkan ke bahagia anggota lain dan otak.
Kandungan protein di
dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 per seratus,serat 2.0 hingga 4.0 per
seratus dimana kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan
kandungan gula didalamnya telah ditukar . Bermakna apabila kita memakan kurma,
tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam
kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fratosa dan gula tebu atau gula pasir
yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia
terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu
diserap tubuh sebagai tenaga.
Kita makan kurma tanpa
buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah brah usu besar
kerana ia melawaskan. Sememtara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan
menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan
yang paling banyak dikenali sebagai potassium. Potasium diperlukan oelh tubuh
untuk system saraf kerana kurma adalah sumber mujarab. Memang dalam susu,yogurt
dan makanan laut juga mengandungi potassium tetapi jumlahnya sedikit.
Dalam bidang perubatan
dengan ketiadaan kolesterol.lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk
meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar
halus atau dijadikan serbuk seperti the. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan
pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dalam rawatan kaedah Sufism, menjadikan
kurma salah satu penawar penyakit.
Disunatkan berbuka
dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 13 jam. Kurma
menyumbang tenaga serta-merta kepada si memakan dan ini memudahkan seseorang
beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa
segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu.
Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan
tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi
karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan mata pun
mengantuk.
0 ulasan:
Catat Ulasan