Satu
…kasih nan abadi, tiada tandingi,DIA yang satu
Dua
…sayang berpanjangan, membawa ke syurga, kasihnya IBU
Tiga
…lapar dan dahaga, rela berpayahan, kasihnya AYAH
Empat
…mudah kau ketemu,perhati selalu, beza antara KASIH dan KEKASIH
SATU……kita antara yang berjuta terpilih di lahirkan ke dunia untuk melihat dan
menghuni bumi ini kerana Kasih sayang dariNYA.Melihat betapa indannya alam ini,
menghirup udara dan mengagumi akan kebesaran-NYA.Kita di lahirkan dalam keadaan
suci dengan nikmat iman dan islam.Bersyukurlah .
DUA……insan yang melahirkan kita, yang paling hampir dengan
kita…..ibu,umi,mama,mak. Insan yang mengenali sifat kita,memahami tabiat kita.
Insan yang setia disamping kita saat kita sedih mahupun suka. Terima kasih mak
atas kasih sayangmu. Doamu ku harap selalu.
TIGA……tanpanya siapalah kita? Pada siapalah nama ini hendak disandarkan?Ayah…terlalu banyak
pergorbananmu, terlalu banyak penat lelahmu mencari rezeki untuk membesarkan
kami (anak-anakmu).Terima kasih ayah atas segala-galanya.
EMPAT……jodoh yang telah diaturkan oleh Allah. Insan yang
terlalu asing kepada kita.Insan yang sukar ditemui dan dicari.Lihatlah betapa
indahnya perancangan yang Allah aturkan.
0 ulasan:
Catat Ulasan