BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

welcome to my blog

Jumaat, 13 Januari 2012




NOVEL: LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU (SR PUBLICATION...PENULIS: SITI ROSMIZAH)

***Besar kesalahku,besar lagi keegoanmu,Berkali ku beri alasan,berkali-kali kau menolaknya.kau inginku menyalakan diri ini bagai lilin dan terbakar oleh perbutanmu***

Tengku Aqilah,seorang anak yang disisih oleh bapa kandungnya sendiri.13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya seorang diri.Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya,telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hashim memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tealady di sayarikat milik keluarga mereka.Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer,jejaka tampan kacukan inggeris Melayu itu begitu membenci gadis ini,mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus.Tengku Aqilah sedar dimata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya.

Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada dirinya?

0 ulasan: