BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

welcome to my blog

Jumaat, 13 Januari 2012

@@@Novel-Novel Yang Diminati@@@




NOVEL: JAUH DARI CINTA ( KARYASENI...PENULIS: ADAH HAMIDAH)

** Semakin jauh aku berlari,semakin cinta itu menjauh pergi.Lantas tidak lagi ku mengejar,kerana kau hanya bahagia apabila ku berhenti...**

NYSA SAKINAH....
Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil.Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar,siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.

"Duduk berkurung dalam bilik ini kenapa? Makan tak..minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"

"Masalah dah lama selesai kalau..abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu"

"Oh......jadi Nysa nak salahkan abanglah ni?Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa,kenapa Nysa nak salahkan abang pula?Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa,buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pasa Nysa,jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"

Namun Nysa Sakinah tidak terdaya melakukan semua itu.Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oelh suaminya.Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.

FARISH AQIL.....
Hati lelakinya dicabar lantas dia terpaksa memulakan semua,sedangkan hanya Lily dihatinya.Takkan ada wanita lain.

"Tolong kekal jadi adik abang sampai bial-bila.Abang Betul-betul selesa dengan keadaan macam ni".

"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang, Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa.Semua dah cukup jelas."Bagi Nysa Sakinah,bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi!Maka,kerana dia seorang isteri,pergorbana adalah hadiah teristimewa buat seorang suami."

0 ulasan: